Saling Melengkapi, Mizz Nina Sah Berkahwin Dengan Penyanyi Rap – “Kami Dedikasi Hidup Untuk Dakwah”

Penyanyi, Mizz Nina mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia kini telah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, penulis lirik dan penyanyi rap, Essam Muhammad.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 43, berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi telah meraih pelbagai respons daripada rakan selebriti dan peminat.

“Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing.

“Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah, kami berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dan teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami,” katanya.

Majlis pernikahan Mizz Nina dan Essam berlangsung secara tertutup dengan kehadiran keluarga tercinta serta sahabat rapat.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun berpisah pada Ogos tahun lalu.

Mereka mempunyai seorang anak angkat bernama, Musa.

Aqilah Paharuzi