Categories: SelebritiTrending

“Jahil Ke Aku Tapi Solat 5 Waktu” – Hidup Jadi Huru-Hara, Atiq Azman Dedah Disihir Individu Dikenali?

Pelakon Atiq Azman, 23, mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa sihir dan mulai menyedarinya apabila merasakan kehidupannya tidak seperti biasa.

Malah, Atiq juga mendakwa dia mengenali individu yang menghantar sihir kepadanya.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories, pelakon drama Nur ini berkongsi bahawa hidupnya menjadi huru-hara termasuk keluarganya.

“Patut rezeki aku sekat, manusia takkan pernah puas selagi orang yang dia dengki takkan jadi apa-apa, kau SIHIR aku dah lama rupanya.

“Kau bagi aku panas sepanjang masa, sikit nak marah, kau bagi aku family huru hara job banyak tak lepas dari production,” tulisnya.

Dalam pada itu, Atiq menyatakan dia akan mendapatkan rawatan dalam masa terdekat dan meminta individu itu untuk bertaubat.

“InsyaAllah dalam masa terdekat aku pergi berubat, ingat kau Islam tapi kau menduakan tuhan.

“Jatuh laknat besar kau dengan Allah, pergi la taubat selagi pintu terbuka,” ujarnya.

Atiqah Johari