Saling Memuji, Peminat ‘Kenenkan’ Imran Ajmain Dengan Sherry Alhadad

Akibat meluahkan rasa sunyi selepas mendengar nyanyian Imran Ajmain, peminat ingin menjodohkan pengacara Sherry Alhadad dengan penyanyi itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sherry telah memuat naik video dirinya sedang menghayati nyanyian Imran ketika di majlis persandingan pelakon Sharifah Amani dan suami, Ahmed Faris, baru-baru ini.

“@imranajmain kenapa sedap sangat?? Khas untuk pengantinnnn @sharifah_amani @med_faris
#mednanitillwhenwhen

“Aaaarghhh AKU SUNYI LAAHHH SHE JK,” tulisnya.

Dalam pada itu, Imran juga mengucapkan terima kasih dan memuji kecantikan Sherry di majlis resepsi itu menerusi ruangan komen.

“SHERRY thank you so much. You sangat CANTIK SEMALAM,” komen Imran.

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut menarik perhatian pengikutnya dan rakan selebriti yang rata-ratanya cuba menjodohkan kedua-dua artis tersebut.

Fatin Nurain