Dianggap Overshadow Pengantin, Kecantikan Zahirah Macwilson Buat Peminat Terpegun – “Macam Wedding Dia Pulak”

Pelakon jelita Zahirah Macwilson membuat warga maya terpegun dengan kecantikannya ketika menghadiri majlis resepsi seorang Pakar Pelaburan Saham Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zahirah telah memuat naik videonya yang sedang berjalan ke pelamin bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza untuk dijadikan sebagai kenangan.

“Leaving this here,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, kesepadanan kedua-dua pasangan pelakon itu turut dipuji pengikutnya dan dianggap lebih menyerlah berbanding pengantin.

Malah, rata-rata pengikutnya turut menggelarkan Zahirah dan Aiman sebagai pasangan kegemaran mereka.

“Paling suka tengok couple ni.

“Lovely couple.

“Always my fav couples.

“SUCH A BEAUTIFUL COUPLE.

“Masya allah beautiful couple,” komen warga maya.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees.

Fatin Nurain