[VIDEO] Sam Bunkface Bengang Penonton Selamba Naik Pentas & Rampas Mikrofon – “Siapa Suruh Naik Stage Bro?”

Tular di media sosial baru-baru ini sebuah rakaman video yang memaparkan seorang individu secara selamba menceroboh pentas dan merampas mikrofon vokalis kumpulan Bunkface, Sam, di sebuah konsert.

Menerusi video yang tular di TikTok, kumpulan Bunkface sedang membuat persembahan dengan mendendangkan lagu Revolusi.

Namun dengan secara tiba-tiba, seorang individu lelaki tampil menaiki pentas dengan menuju ke arah Sam lalu merampas mikrofon dan terus menyanyi.

Sehubungan dengan itu, tindakan tersebut mengejutkan Sam dan semua penonton sebelum pengawal menghentikan lelaki tersebut dan menyebabkan persembahan tersebut terhenti seketika.

Reaksi tersebut mengundang kemarahan penonton dan Sam sendiri mempersoalkan individu tersebut yang terus melulu naik ke pentas tanpa kebenaran.

Malah, Sam turut memberi pesanan supaya mengikut cara yang betul sekiranya ingin bernyanyi bersama di atas pentas.

Profesional dengan situasi tersebut, Sam dan rakan anggotanya menyanyikan semula lagu tersebut sambil disahut dengan penonton yang hadir.

Sehingga artikel ini ditulis, rakaman tersebut telah meraih lebih 590,000 tontonan  dan lebih 34,000 tanda suka.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap tindakan individu terbabit.

Terdahulu, tular sebuah rakaman apabila seorang lelaki dijemput Sam sendiri untuk bernyanyi bersama ketika membuat persembahan di Konsert Aku, Muzik & Kamu di Johor, Mei lalu.

Khairil Khusyairi