Riena Diana Tak Kisah Lakon Babak Panas Dengan Syarat…

Pelakon Riena Diana tidak kisah untuk melakukan aksi atas ranjang asalkan lakonan tersebut tidak keterlaluan.

Memetik laporan Berita Harian, Riena yang terkenal dengan watak Lailer menerusi drama Kampung People mahu menjaga nama baik dan air muka bapa dan ibu tirinya yang mengenakan imej berniqab.

“Saya tidak kisah melakonkan apa sahaja watak, contohnya babak atas katil. Tetapi, perlulah ada batas, kalau setakat berbaring, saya masih okay.

“Namun, jika membabitkan adegan berpelukan, saya tidak akan lakukan. Kalau boleh saya mahu elak kontroversi kerana saya masih ada ibu bapa.

“Saya bimbang dimarahi bapa, apatah lagi, ibu tiri seorang yang berniqab. Sebelum ini, tiada dalam kalangan ahli keluarga kami yang berniqab, jadi saya haruslah menjaga air muka bapa, ibu tiri dan keluarga,” katanya.

Berkongsi soal peribadinya, dia enggan terburu-buru untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya meskipun sudah lima tahun bercinta.

“Teman lelaki pernah membangkitkan soal berumah tangga. Tetapi, saya minta tangguhkan hasrat dahulu. Kami tidak meletakkan apa-apa tempoh, biarlah ia mengikut arus dan teman lelaki pun tidak kisah.

“Saya juga tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada hanya kerana ingin berkahwin. Bukan mudah untuk saya membina apa yang ada sekarang dan dikenali.

“Mujur teman lelaki memahami dan tidak mendesak. Dia sanggup menunggu kerana hubungan kami sudah terjalin selama lima tahun. Kami juga sudah mengenali hati budi,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Takut Untuk Berkahwin, Riena Diana Titip Pesanan Padu Pada Penyondol! – “Tak Boleh Banyak Mulut, Jangan Harap Layanan Sama Dengan Madu”

Maya Basir