[VIDEO] Kongsi Video Camping, Netizen ‘Restu’ Hubungan Sharifah Rose & Ezzrin Loy – “Faham Lah Maksud Matching Hoodie Tu”

Pasangan pelakon  Sharifah Rose dan Ahmad Ezzrin Loy mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video pendek di akauan TikTok masing-masing menunjukkan mereka sedang menghabiskan masa melakukan aktiviti berkhemah bersama-sama.

Menerusi perkongsian di platform berkenaan, Sharifah Rose dan Ezzrin kelihatan memakai baju berwarna sedondon sambil ditemani dengan kehadiran rakan mereka yang lain.

“First Camp Trip,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

azif

Dalam pada itu, menerusi tinjauan XTRA, Ezzrin juga kelihatan memuat naik video yang merakamkan momen mereka menyiapkan khemah dan makanan sepanjang tempoh ‘healing’  mereka berlangsung.

“Sentiasa wujud kali pertama untuk segala-galanya. This is ours,” katanya.

Teruja melihat perkongsian video tersebut,  rata-rata peminat merestui hubungan pasangan ini  memandangkan kedua-duanya juga kelihatan secocok.

“Benci! Tapi suka tengok depa. Cute sangat.

“Oh, pergi camping dengan Ezzrin… faham!

“Faham lah maksud matching hoodie tu.

“Adik kakak ni dalam dia eh?

“Fahamm, tapi kali nimemang sepadan. muka hampir sama.

“Comel sangat approved!,” komen netizen.

Terdahulu, hubungan Sharifah Rose dan Ezzrin Loy mula menarik perhatian selepas ada peminat mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta. Malah,  berkongsi rakaman menunjukkan kelibat mereka ketika keluar bersama di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.

Bagaimanapun, Sharifah Rose sebelum ini menjelaskan hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan sahaja.

Salma Syahbuddin