[VIDEO] Sweet! Shukri Yahaya & Isteri Buat Trend Slo-Mo Bikin Netizen Tak Senang Duduk – “Ambil Lah Bumi Ni, Kami Pindah”

Sohor kini media sosial adalah trend video berentak slow motion atau slo-mo sehingga menjadi perhatian setiap pengguna terutama di laman TikTok.

Terbaharu, perkongsian isteri kepada pelakon terkenal Shukri Yahaya, Tya Adnan memuat naik sebuah rakaman trend tersebut menjadi tumpuan warganet.

Menerusi video tersebut, pasangan suami isteri itu sedang menaiki sebuah kenderaan seperti kereta kuda ketika bercuti di Lombok, Indonesia baru-baru ini.

Dengan menggunakan lagu latar berjudul Rayuan Perempuan Gila nyanyian Nadin Amizah, Tya dan Shukri ternyata membuat trend tersebut dengan manis sekali.

Malah, video tersebut turut memaparkan kemesraan mereka sebagai suami isteri sehingga ramai yang mencemburui aksi itu.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian video tersebut yang rata-ratanya memuji pelakon drama 7 Hari Mencintaiku dan isterinya itu.

Sehingga artikel ini ditulis, video comel tersebut telah meraih lebih 3.4 juta tontonan dan lebih 275,000 tanda suka.

Untuk info, Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dann Maleeq Miqayl.

Khairil Khusyairi