Sama Cantik, Sama Padan! Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Panas Sarung Baju Kahwin?

Pastinya peminat sudah tidak sabar untuk menyambut hari bahagia pasangan popular Fasha Sandha dan Aidil Aziz. Dan, mungkin dengan penampilan pasangan ini memakai busana perkahwinan dapat mengubat sedikit keterujaan peminat-peminat mereka.

Video dan gambar yang dimuat naik oleh pereka fesyen Azura Couture menerusi akuan instagram miliknya itu telah mencuri perhatian netizen yang menganggap bakal pengantin ini sangat cantik dan kelihatan berseri-seri.

Bagaimanapun pereka fesyen itu memberitahu melalui caption nya, gambar yang diambil ini adalah gambar pre wedding yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.
Terdahulu, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu. Dan, ramai peminat  pasangan ini mendoakan agar  perjalanan perkahwinan pelakon kesayangan ramai ini sentiasa dipermudahkan.
Salma Syahbuddin