“Saman Artis Membazir, Ni Bukan Zaman Sekolah Nak Gaduh”- Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan pandangannya berikutan isu melibatkan kes saman antara selebriti yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi laman Instagramnya, Shila berkongsi pandangannya dengan mengatakan perkara tersebut hanya membuang waktu dan wang ringgit.

Dia turut meluahkan pernah berdepan dengan situasi yang sama dan menganggapnya tidak berbaloi kerana hanya pihak yang didakwa tidak dapat membayar kes tersebut lebih membawa kemudaratan daripada kebaikan.

“Sha tak rasa wajar untuk saman menyaman sesama artis ni sebab akhirnya pusing-pusing situ juga. Sejujurnya, ia hanya membazirkan masa dan duit.

Shila menambah isu saman menyaman adalah sangat tidak sesuai kerana wang tersebut lebih baik digunakan untuk kelangsungan hidup terutama dalan waktu pandemik.

Terdahulu, isu saman menyaman melibatkan sekebritin Azwan Ali dan Rozita Che Wan serta kes saman Siti Nordiana serta rakan artis Lan Solo dan Syura menjadi topik hangat netizen di media sosial.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”