Betty Banafe Dedah Harun Hashim Minta Bantuan Bayar Rumah Sewa

Umum maklum, keadaan pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali yang berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19.

Perkara itu mendapat perhatian rakan selebriti Betty Banafe yang memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai Harun dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.

“Saya mendapat tahu Harun diserang penyakit darah tinggi, tiga hari lalu. Malah, keadaannya agak teruk apabila terpaksa ditidurkan.

“Bagaimanapun, berita terkini Harun sudah sedarkan diri. Keadaan lebih membimbangkan apabila isterinya pula diserang penyakit.

“Difahamkan, isterinya menghidap penyakit kanser otak dan perlu pembedahan segera,” katanya kepada BH Online.

Menurut Betty lagi, Harun terpaksa meneruskan perniagaaan pecal sejak kerja penggambaran tidak boleh dilakukan. Dia juga membuka cawangan kedua di Sentul dan berniaga dalam talian.

“Harun ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp minta bantuan membayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu.

“Namun, saya terlambat membalasnya kerana kesibukan kerja. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital,” katanya.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”