Sambut Birthday Isteri, Kapsyen ‘Win’ Nazrief Nazri Curi Tumpuan – “Ayat Paling Digemari Para Isteri”

Pelakon Nazrief Nazri mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi foto bersama isterinya, Aizatul Aqma Hamdan di Instagram.

Menerusi muat naik tersebut, Nazrief berkongsi foto dia dan isterinya sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Lebih manis, pasangan tersebut sedang meraikan hari ulang tahun kelahiran Aqma, semalam.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis Nazrief bersempena hari ulang tahun kelahiran isterinya itu.

Nazrief menulis ucapan penghargaan buat isterinya dan berharap rumah tangga mereka dijauhkan daripada ‘orang ketiga’.

“Happy birthday Love of My Life (LOML).

“Thank you sebab ada waktu susah dan senang. You are the best wife and best mom for Noah.

“Semoga taman syurga kita bebas dari babi yang menyondol dan serangga perosak. Aminn,” tulis Nazrief.

Ternyata, kapsyen tersebut mencuit hati sesetengah warganet apabila rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi terhadap kapsyen pelakon drama Bidadari Salji itu.

Untuk rekod, Nazrief mendirikan rumah tangga bersama model hijab, Aizatul Aqma Hamdan pada 15 November 2019.

Hasil perkahwinan itu mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah pada Julai 2021.

Khairil Khusyairi