Cantik & Comel! Ikut Rakan Berhijab, Kasih Iris Leona Raih Pujian – “Makin Lama Dia Ke Arah Kebaikan”

Kerap meraih kecaman dalam setiap perkongsian, kini anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona tampil meraih pujian dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona telah memuat naik videonya mengenakan tudung ketika bersiar-siar bersama rakan-rakannya.

Dalam perkongsian tersebut, Leona juga sempat mengucapkan salam ramadan kepada pengikutnya.

“My friend got me to wear hijab in public. Salam ramadan,” tulisnya.

@leonsmeonssSalam ramadhan♬ cupid twin version – ⟡ TRACYTRACKS ⟡

Melihat kecantikan dan kecomelannya mengenakan tudung, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.

 

Fatin Nurain