Categories: HiburanTrending

Sambut Cucu Lahir Dalam Kereta, Normah Damanhuri Letak Nama Panggilan ‘Satria’ Kepada Fitri Farok Hero Remaja 2023

Pelakon veteran, Normah Damanhuri mengimbau kembali kisah kewujudan nama panggilan Satria yang diberikan kepada cucunya, Fitri Farok yang merupakan Naib Juara Hero Remaja 2023.

Dedah Normah, nama Satria diambil sempena peristiwa dia dilahirkan di dalam kereta Satria Hatchback miliknya 24 tahun yang lepas.

Sewaktu peristiwa itu berlaku, anaknya, Nor Lydia Rosli ingin melahirkan terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki pacuan empat roda tersebut yang dipandu oleh Normah sendiri.

“Ceritanya sewaktu ibu Fitri sudah mula rasa sakit kontraksi untuk melahirkan, dia tidak mahu ke hospital tetapi saya paksa dan membawanya menaiki kereta Satria milik saya.

“Semasa perjalanan ibunya sudah tidak tahan nak bersalin dan bayangkan macam mana saya punya cemas. Kaki dah menggigil tak tahu mana nak tekan brek, mana nak tekan minyak.

“Tapi mak Fitri ni jenis cool. Sampai di roundabout saya intai sikit, rupanya kepala Fitri dah keluar… Lagilah buat saya cemas dan jadi menggigil tak tentu hala,” ujarnya.

Memetik laporan mStar, apabila mereka tiba di hospital, anaknya selamat melahirkan anak lelaki di dalam kereta tersebut tanpa sempat memasuki wad.

Tambah pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu, pada ketika itu, dia sangat cemas kerana mengkhuatiri keadaan anak dan cucunya.

“Saya menjerit dekat hospital dan beritahu cucu saya sudah keluar. Situasi pun jadi kelam kabut, saya menangis tetapi bila tengok muka anak (ibu Fitri) dia masih boleh tersenyum lagi.

“Selepas itu barulah pihak hospital bawa anak saya dan Fitri dengan tali pusatnya yang tergantung masuk ke dalam wad,” jelasnya.

Ekoran peristiwa yang penuh nostalgia itu, Normah menggelarkan cucu lelakinya otu dengan nama Satria.

“Kebetulan Fitri pun lahir dalam kereta tersebut jadi saya pun memanggilnya dengan nama Satria. Sampai besarlah orang panggil dia dengan nama Satria.

“Namun ayahnya berikan nama Fitri kerana dia lahir sudah hampir dengan sambutan Aidilfitri.

Normah memberitahu, seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan sudah terbiasa dengan panggilan Satria manakala tidak ada pula yang memanggilnya dengan nama Fitri.

Terdahulu, selepas dinobatkan sebagai Naib Juara Hero Remaja 2023, Normah mengucapkan tahniah kepada Fitri atas kejayaan dan usaha gigihnya dalam program realiti tersebut.

Sumber : mStar

Syamir Shafie