Categories: SelebritiTrending

“Aku Bersyukur Dengan Setiap Takdirmu, Semoga Keluargaku Bahagia Dunia Akhirat” – Ibu Syamsul Yusof

Ibu kepada pengarah filem sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik sebuah hantaran mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories (IGS), dia berdoa agar keluarganya diberikan kebahagiaan dan bersyukur dengan segala takdir yang telah ditentukan.

“Ya Allah aku bersyukur dengan setiap takdirmu untukku, semoga keluargaku bahagia di dunia dan akhirat, aamin aamin aamin,” luahnya.

Terdahulu, keluarga Patimah menjadi tumpuan warganet apabila anak sulungnya berkahwin kali kedua dengan anak pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar dan menimbulkan pelbagai konflik.

Bukan itu sahaja, Syamsul juga telah bercerai dengan isteri pertamanya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.

Artikel Berkaitan: “Amat Terkilan Kehilangan Besan Yang Baik Bagi Kami” – Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Percutian Dengan Keluarga Di Jepun, Patimah Ismail Sebak Syamsul Yusof & Keluarga Tiada – “Biasanya Mereka Akan Ikut Cuti Sekali”

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Atiqah Johari

Recent Posts