Categories: Trending

Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi Khai Bahar iaitu Rosnah Binti Mohamad, 63, dilaporkan telah meninggal dunia pada malam Selasa di Perlis.

Berita tersebut dimaklumkan oleh pengurus Khai menerusi hantarannya di Instastory.

“Salam semua, saya pengurus (Jai) yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian Khai di Instastory, dia sedang menuju pulang ke Perlis dari Langkawi dengan menaiki bot turut memperlihatkan raut wajah yang sedih.

“Alhamdulillah dapat balik naik boat malam ni.

“Mak.. Herol (nama panggilan Khai) dah on the way balik ni,” ujar Khai menerusi panggilan video.

Terdahulu, Khai memaklumkan ibunya menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan mengalami simptom lupa selepas menjalani rawatan dialisis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Keadaan Terkini, Khai Bahar Sedih Ibu Jadi Pelupa Akibat Sakit – “Rindu Mak Yang Dulu, Berat Nak Terima Tapi…”

Maya Basir