“#RoadToBertiga” – Izzue Islam Beri Bayangan Bakal Timang Cahaya Mata?

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam tampil memberi bayangan dia bersama isterinya, Awin Nurin merancang untuk memiliki cahaya mata, pada tahun ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Izzue menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Izzue telah berkongsi momen dia bersama Awin membeli-belah barang keperluan di sebuah pasaraya.

Lebih mencuri perhatian, Izzue seolah memberi bayangan yang mereka bakal menimang cahaya mata di ruangan kapsyen.

”2023 dan masih berdua. Walau ada parau perih tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Assalamualaikum 2024, bismillah 👶🏻 #roadtobertiga,” tulisnya.

Tersentuh dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya dan rakan artis tampil mendoakan agar urusan mereka untuk menimang cahaya mata dipermudahkan.

Sebelum ini, penyanyi itu pernah memaklumkan dia bersama isterinya sedang mencari waktu yang sesuai untuk fokus terhadap rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai usaha mendapatkan cahaya mata.

Terdahulu, Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Fatin Nurain