Tenang Naik Rollercoaster Terpantas Di Dunia, Aksi Hairul Azreen & Hanis Zalikha Buat Ramai Salute!

Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan  warganet selepas melihat aksi mereka menaiki rollercoaster terpantas di dunia.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Hairul menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Hairul dan Hanis kelihatan sangat tenang menaiki rollercoaster itu bahkan sempat merakam momen sepanjang kenderaan itu bergerak.

“The fastest rollercoaster in the world with love,” tulisnya.

Gerun melihat aksi pasangan itu yang tetap tenang menikmati permainan tersebut, rata-rata pengikut dan rakan artis memberikan pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menganggap Hairul seorang yang tidak mempunyai sebarang fobia kerana sentiasa tenang dalam melakukan aktiviti ekstrem.

Fatin Nurain