“Sampai Bila Nak Menunggu” – Fouziah Gous Kesal Keputusan PRU15 Belum Dimuktamadkan

Datin Fouziah Gous meluahkan rasa kesal apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum dimuktamadkan.

Menerusi hantaran ringkas di laman Instagram miliknya, Fouziah berkata dia mempersoalkan sampai bila harus menunggu keputusan.

“Matematik tu campur dan tolak sangat mudah. Tapi kenapa perlukan jalan yang sukar untuk gunakan formula yang mudah itu.

“Sampai bila nak menunggu.

“Kesal. Pilu. Hiba,” luahnya menerusi Instagram Story.

Pada PRU15 ini, Fouziah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 mencatat sejarah kerana buat kali pertama Malaysia mengalami parlimen yang tergantung.

Khairil Khusyairi