Sampai Bila Nak Meratap Nasib?

Selepas disahkan menghidap kanser limfoma tujuh tahun lalu, hidupnya terus berubah. 

Mahu atau tidak, dia percaya ujian yang menimpa dirinya bukanlah sebagai hukuman namun sebagai tanda kasih Allah kepada hambanya.

Penyanyi yang mula meningkat naik dengan lagu Niat ini mengaku dia laman Instagram, dia malu untuk berjumpa orang ramai kerana bimbang penderitaanya dihidu.

“ Separuh daripada hidup saya menahan sakit. Tapi sampai bila nak meratap nasib kan?,” tulisnya.

Tambah Elyana, status yang dimuatnaik bersama gambar yang diambil empat tahun lepas itu memperlihatkan keberaniaannya untuk berada di tempat awam.

“Masa ni rambut saya tinggal rambut depan je. Habis botak sebab Chemotherapy.

“Masa ni saya terlalu down dengan nasib dan kehidupan saya.Takut nak keluar rumah, sebab takut orang tau saya sakit.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada sebuah program realiti nyanyian.

Kami doakan Elyana menemui kekuatan untuk terus berlawan dengan kesakitan. Semoga segalanya dipermudahkan. Insha Allah…

SGMS Faida