Elak ‘Microsleep’, Jangan Teruskan Perjalanan Jika Mengantuk!

Meriah! Ketibaan Syawal dalam masa beberapa hari saja lagi bakal menyaksikan jutaan kereta berpusu-pusu di lebuhraya.

Lebih dua juta pengguna bakal memulakan perjalanan pulang ke kampung dua hari menjelang Aidilfitri.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa menasihatkan pemandu supaya mengelak daripada gejala ‘microsleep’ yang menjadi faktor utama menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

“Microsleep biasanya berlaku ketika pemanduan di jalan lurus atau sejam selepas makan.

“ Pemandu atau penunggang motosikal mungkin tidak sedar antara dua hingga 30 saat yang boleh menyebabkan mereka terbabas atau melanggar kenderaan lain.

“Sekiranya berlaku gejala itu, pemandu atau penunggang dinasihatkan supaya tidak meneruskan pemanduan.

“ Ambil masa untuk beristirehat atau meminta individu lain memandu bagi mengelak berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.

Sumber: BH Online

SGMS Faida