“Sanjung Tinggi & Percaya Sangat Penunggang Ni, Bila Dah Tahu The Real Sh*t…” – Ciapan Curi Perhatian, AG Coco Sound Siapa Tu?

Perkongsian terkini komposer dan gitaris kumpulan Hujan iaitu AG Coco mencuri perhatian ramai selepas memuat naik ciapan berbaur sindiran.

Menerusi ciapan dimuat naik di Twitter miliknya, AG atau nama lengkapnya Mohd Hezry Mohd Hafidz seakan memberi teguran kepada pengikutnya dan rata-rata netizen yang kerap menghentam tanpa usul periksa.

“Tula hangpa dok sangjung tinggi dan percaya penunggang ni.. Bila tak tahu the real shit story behind it, tau nak hentam saja.

“Tak kena kat batang hidung mana la nak tahu kan? Suka sangat menaip.. Astarghfirullahalazim,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikutnya juga tertanya-tanya mengenai isu sebenar yang cuba disampaikan oleh AG itu menerusi ciapannya itu.

Bagaimanapun, AG tidak memberi sebarang penjelasan disebalik ciapan yang menjadi 1001 persoalan ramai itu.

Aqilah Paharuzi