Dikecam Bergelek Di Acara Nyanyian, Ini Respons Tuan Empunya Badan -“Saya Juga Manusia Biasa…”

Baru-baru ini, tular apabila seorang wanita dikecam oleh netizen akibat aksinya yang bergelek di rancangan nyanyian sebuah stesen televisyen.

Menariknya, wanita tersebut, Nur Afrina Hani Mokhtar merupakan adik kepada salah seorang peserta rancangan itu iaitu Aufa Hanie.

Memetik artikel Mstar, terdapat segelintir pihak yang tersalah faham dengan menyangka bahawa dia merupakan kakaknya kerana mempunyai raut wajah yang mirip.

“Sebenarnya saya tak menyangka video tersebut viral tapi ada pula orang keliru menganggap wanita yang menari it adalah kakak saya kerana wajah kami seiras.

“Macam mana pula dia (Aufa) nak menari sedangkan dia merupakan seorang peserta,” jelas Afrina

Sedar akan tindakannya yang mendapat reaksi kurang senang dari penonton dan netizen, Afrina tampil memberikan kenyataan tentang insiden tersebut.

“Saya sedar ramai yang mengatakan tindakan saya itu seperti kurang sopan. Saya juga manusia biasa. Saya masih mencuba untuk menjaga imej bertudung.

“Tapi jika saya tidak menari di tepi tangga dewan itu sekali pun, saya tetap akan menari di atas pentas. Cuma bezanya orang tak biasa lihat saya dan kebetulan pula video itu viral.

“Ramai sahaja sebenarnya menari di situ… Saya hanya berseronok dengan
penonton lain tetapi saya pula yang viral,” jelasnya
lagi.

Berkoongsi lanjut, keluarganya tidak memberikan sebarang komen tentang isu tersebut kerana memahami minatnya dalam dunia tarian sejak kecil lagi.

Untuk info, Afrina merupakan seorang penari dan pernah menuntut di Sekolah Seni Kuala Lumpur.

Izzi Farhana