[VIDEO] Peminat ‘Throwback’ Video Fesyen Tudung Aina Abdul Dikritik Adlin Aman Ramlie, Netizen Komen: “Dia Ambil Tohmahan Sebagai…”

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah video lama yang menunjukkan pelakon, Adlin Aman Ramlie yang memberikan komen tentang fesyen tudung penyanyi Aina Abdul.

Ketika itu, Aina menjadi peserta Mentor Legend 2015 dan Adlin bertindak sebagai juri.

@mie9590 #ainaabdul #fypシ #trending #miemiepou #semalamainaabdul #mentor #malaysia #penyanyimalaysia #song #ainaabdulsemalam #CapCut ♬ original sound – Kaizen Anglers – Akhi Kaizen

“Aina, note saya yang pertama saya tulis. Do something with your tudung lah. You muda, biar you jadi trend setter, performer yang boleh ada style. Kalau tak, nanti nampak macam mak cik. Macam tak kena tau,” komen Adlin ketika Aina selesai membuat persembahan.

Pada hujung video itu juga menunjukkan kompilasi fesyen terkini daripada Aina yang berjaya menarik perhatian orang ramai dari sudut positif mahupun negatif.

Rata-rata netizen memberikan komen bahawa Adlin merupakan punca perkembangan fesyen Aina yang semakin berani dan telah pun menjadi ‘trendsetter’.

“Hebat Aina, dia terima kritikan dan accept keunikan untuk dia.

“Rupanya kau lah punca baju-baju dia semua haru biru eh Adlin.

“Dia ambil tohmahan sebagai batu loncatan & tengok dia sekarang,” komen netizen.

Sekadar info, Aina mendapat didikan Ella sebagai mentor dalam program terbabit dan berjaya meraih gelaran naib juara.Seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah video lama yang menunjukkan pelakon, Adlin Aman Ramlie yang memberikan komen tentang fesyen tudung penyanyi Aina Abdul.

Ketika itu, Aina menjadi peserta Mentor Legend 2015 dan Adlin bertindak sebagai juri.

“Aina, note saya yang pertama saya tulis. Do something with your tudung lah. You muda, biar you jadi trend setter, performer yang boleh ada style. Kalau tak, nanti nampak macam mak cik. Macam tak kena tau,” komen Adlin ketika Aina selesai membuat persembahan.

Pada hujung video itu juga menunjukkan kompilasi fesyen terkini daripada Aina yang berjaya menarik perhatian orang ramai dari sudut positif mahupun negatif.

Rata-rata netizen memberikan komen bahawa Adlin merupakan punca perkembangan fesyen Aina yang semakin berani dan telah pun menjadi ‘trendsetter’.

“Hebat Aina, dia terima kritikan dan accept keunikan untuk dia.

“Rupanya kau lah punca baju-baju dia semua haru biru eh Adlin.

“Dia ambil tohmahan sebagai batu loncatan & tengok dia sekarang,” komen netizen.

Sekadar info, Aina mendapat didikan Ella sebagai mentor dalam program terbabit dan berjaya meraih gelaran naib juara.

Izzi Farhana