[VIDEO] Kongsi Video Cium Mulut Anak, DSV Dikecam! Netizen Komen: “Kena Belajar Ilmu S*x Education…”

Tular sebuah video yang dikongsi oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) yang mencium bibir anak perempuannya, Cik B.

Video itu dikongsi menerusi kemas kini terbaharu di Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen dikatakan sedang merajuk dan DSV bertindak untuk memujuk anaknya dengan mengucup bibir serta memeluknya.

Walaupun tindakannya itu sekadar hanya untuk mengekspresikan rasa sayang kepada anak, tetapi tindakan itu telah mendapat kecaman netizen yang rata-rata menekankan tentang pendidikan seks.

“Mana boleh cium mulut ke mulut even anak sekali pun. Kena belajar ilmu sex education juga Datuk baru tahu apa yang boleh apa yang tak boleh dibuat

“Please lah. Cium-cium ni dah tak sesuai walaupun dengan anak apa lagi anak dah dewasa. Kissing in public is a no no.

“Kenapa mesti kena cium mulut eh? Cik B tu bukan budak umur 3 tahun tau dah anak dara dah rasanya. Takyah kot cium-cium mulut tu. Zaman dulu takde pun cium-cium mulut ni zaman sekarang je heran aku,” komen netizen.

Namun, setakat artikel ini ditulis, DSV tidak memberikan sebarang respons berkenaan dengan kecaman tersebut.

Izzi Farhana