Sarah Hildebrand Sah Isteri Kepada Otto Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah pelakon Sarah Hildebrand (29) telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Otto Gillen dengan sekali lafaz sahaja, lebih kurang jam 10.23 pagi ini di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat. 

Menurut laporan BH Online, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Hilmi Saadan. 

Pelakon berdarah campuran ini menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin dalam majlis yang serba sederhana dan dihadiri kira-kira 100 tetamu. 

“Saya dan suami sepakat melakukan hanya yang wajib serta bersederhana.  Alhamdullillah, fasa baharu untuk hidup saya dan suami sudah bermula.

“Saya berdoa, semoga segala-galanya dipermudakan. InsyaAllah,” kata Sarah pada BH Online. 

Sarah dan Otto merupakan kawan lama sejak sekolah semasa menetap di Amerika Syarikat dan kembali berkawan rapat sejak Februari lalu semasa Sarah melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat.

Baca: Sarah Hildebrand Pilih Rakan Sekolah Jadi Bakal Suami, Tahniah!

“Suami yang berdarah kacukan Filipina-Amerika memeluk Islam pada September lalu.  Alhamdullillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan,”katanya. 

“If God knows we’re meant to be together, He’ll find a way to bring us closer. Alhamdullillah. #SOtiestheknot,” tulis Sarah ringkas sebagai kapsyen entri pertama instagramnya sebagai seorang isteri.

Sumber foto: Instagram @sarahhildebrand

Del14