Sarat Hamil Ketika Pandemik: Ayda Jebat Akui Takut, Tapi…

Penyanyi Ayda Jebat yang kini sarat hamil mengakui dirinya enggan memikirkan mengenai perkara buruk yang terjadi di sekelilingnya ketika wabak Covid-19 melanda.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, dia mahu terus kekal positif.

“Saya akui saya takut, tapi saya tak nak fikir. Apabila kita buka laman sosial, ada sahaja berita yang tak baik. Kadang-kadang, berita terbabit melibatkan kehamilan serta pandemik yang melanda.

“Kalau saya jumpa berita sedemikian, saya akan terus ‘scroll’, ‘skip’ dan mengambil pendekatan untuk tidak membacanya. Adalah lebih baik jika saya menjaga diri sendiri, mengelak tekanan dan terus kekal optimis,” katanya.

Selain itu, Ayda sering mendapatkan nasihat mengenai kehamilan daripada kakak iparnya, Tasha Qhairunnisa.

“Saya tinggal bersama keluarga besar Nabil. Jadi, jika ada sebarang persoalan atau keraguan, saya akan terus bertanya kepada kakak ipar saya. Jika tidak, saya terus bertanya kepada doktor saya.

“Saya sendiri mengelak untuk membaca pelbagai info dan mendengar banyak pendapat kerana tak mahu membuatkan diri saya terlebih ‘berfikir’. Saya berharap agar urusan kehamilan saya dipermudahkan sehingga bersalin kelak,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak Belum Lahir Tapi Sudah Ada Rezeki Menanti” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl

Terdahulu, Ayda mendedahkan dia dan Nabil bakal menimang cahaya mata perempuan.

Bakal bersalin di penghujung September, Ayda memilih untuk menjalani proses kelahiran bayi sulungnya secara pembedahan.

Padin