Categories: Trending

Keputusan Penarikan Semula Emas Kedua Buat Negara Kekal, Ziyad Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Hasrat jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk menghadiahkan pingat emas kedua kepada kontinjen negara di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila pingat emas yang dimenanginya itu terpaksa dibatalkan selepas dibantah oleh Ukraine.

Ziyad yang merupakan juara bertahan pada edisi Paralimpik Rio 2016 tampil dengan aksi yang cukup bertenaga apabila memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru F20 dengan lontaran sejauh 17.94 meter dihadapan Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi masing-masing dengan balingan sejauh 17.34 dan 17.30 meter.

“Saya minta maaf kepada semua”

 

Bagaimanapun, menerusi hantaran di Instagram miliknya, Ziyad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan dan menyokong perjalanannya pada temasya sukan paralimpik Tokyo 2020 kali ini.

Dan, rata-rata rakan atlet termasuklah  pemain badminton beregu negara Aaron Chia serta rakan selebriti lain dilihat memberikan kata-kata semangat buat Ziyad menerusi ruangan komen akaun instagram miliknya.

 

Malah, kenyataan rasmi mengenai pembatalan pingat emas Ziyad juga kini telah dikeluarkan oleh @TeamMalaysia disana menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.

 

Terdahulu, kem Ukraine tampil melakukan protes apabila mendakwa tiga atlet, Ziyad, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan tersebut bermula.

Salma Syahbuddin