Categories: Hiburan

Sasterawan Negara, Prof. Shahnon Ahmad Meninggal Dunia

Sasterawan negara, Profesor Emeritus Datuk Shannon Ahmad meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Menurut laman Facebook Dewan Sastera, Shannon menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8 pagi selasa di Hospital KPJ, Kajang.

Anank bongsunya, Asrulsani, 54, ketika dihubungi mStar Online mengesahkan bapanya meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru berair.

“Ayah dimasukkan ke hospital sejak lima hari yang lalu. Semua ahli keluarga berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir,” katanya

“Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur,” katanya.

Shanon atau nama penanya, Juwahir dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul derdap, Sik, Kedah. Di awal kerjayanya, beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Grammer English School, Kuala Terengganu pada 1954 sebelum menjadi pegawai tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan (1955-1956).

Namun Shanon kembali sebagai pendidik dan mengajar bahasa inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah pada 1957 hingga 1959 kerana masalah kecederaan yang beliau alami.

Beliau turut dilantik sebagai profesor penuh di Universiti Sains Malaysia (1982) dan pengarah Pusat Islam universiti terbabit.

Sejak 1956 beliau mula menulis dan sentuhannya tentang masyarakat amat dirasai.

Karya awalnya berupa terjemahan disiarkan dalam majalah Mastika. Beliau turut menghasilkan cerpen, novel, esei dan kritikan yang banyak menyingkap mengenai penderitaan manusia di desa dan juga kehidupan di bandar.

Nama Shahnon mula dikenali menerusi novel pertamanya berjudul Rentong (1965) yang mengisahkan perjuangan petani miskin di Kampung Banggul Derdap.

Menariknya, Shahnon pernah mengikuti jemaah Al Arqam dan pengalaman tersebut dibukukan dalam novel berjudul Tok Guru.

Pada 1975, Shahnon diberi kepercayaan sebagai anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan diberi gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn setahun kemudian.

Beliau turut dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982.

SGMS Enal