Hiburan By: SGMS Faida October 26, 2018 @ 10:22am

‘ Saya Bangga Jadi Muslim’, Sinead O’Conner Umum Peluk Islam

Penyanyi terkenal Ireland, Sinead O’Conner memeluk agama Islam dan kini menggunakan nama Shuhada’ Davitt.

Menerusi Twitternya, Shuhada’ yang sebelum ini dikenali sebagai Magda menulis beliau sudah meninggalkan agama Kristian Katolik demi kebaikan.

“Pengumuman ini bertujuan menyatakan saya berbangga menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi perjalanan mana-mana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam.

“Ia menjadi semua kitab suci lain bertindan. Saya akan mempunyai nama baharu. Ia adalah Shuhada’. Maaf Sine, Shuhada’,” katanya di Twitter.

Sinead O’Connor menjalani rawatan mental intensif di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu dengan bantuan Dr Phil.

Selepas menukar nama kepada Shuhada, beliau memuat naik rakaman video melaungkan azan.

“ Maaf atas beberapa kesilapan untuk percubaan pertama saya melaungkan menyanyikan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” katanya.

Beliau turut menggayakan pakaian Muslim berdasarkan gambar.

“ Kawan rapat saya, Elaine memberikan hijab pertama kepada saya dan beliau seram sejuk seluruh badan melihat saya memakainya,” katanya. -Agensi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 23 Sep 2018

Anytime! Lisa Surihani Dah Siap Sedia

Kata pelakon berusia 32 tahun ini, dia dan suami mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang.

Featured Wed, 1 Sep 2021

“Taubatlah, Allah Nampak Apa Yang Kita Buat”- Fazura Rayu Penipu Bertaubat

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat dengan menipu menggunakan jenama tudungnya. Menerusi Instagram Story Fazura yang dikongsikan beberapa jam lalu, aktres filem Senario XX itu

Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Cinta Kita’ Buah Tangan Baharu Projector Band

Wow! Buat pertama kali juga Razif rap dalam lagu ‘Cinta Kita’

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

Featured Sat, 3 Dec 2022
Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Shaheizy Sam Ditegur Sebab Boroi

kadang kurus, kadang gemuk…artis juga manusia biasa.

| Live TV