“Saya Batuk Berterusan Lebih 4 Bulan” – Dimasukkan Ke Hospital, Ezzaty Abdullah Hidap Masalah Paru-Paru Berlendir

Pelakon Ezzaty Abdullah dilaporkan mengalami paru-paru berlendir dan telah dimasukkan ke sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ezzaty memaklumkan bahawa dirinya telah mengalami batuk berkahak secara berterusan sejak empat bulan lalu sebelum mengetahui masalah kesihatan sebenar.

“Ada lendir banyak pada paru-paru saya menyebabkan paru-paru dan kerongkong aktif keluarkan lendir itu. Disebabkan itulah saya batuk kahak lama sangat.

“Tapi semalam sudah buat rawatan dan diberi ubat steroid untuk hentikan lendir itu. Tadi baru buat ujian untuk jantung pula. Petang ini baru dapat keputusan ujian itu,” ujarnya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu, dia menjelaskan bahawa keadaan kesihatannya itu menyebabkan dia sukar untuk bekerja kerana batuk yang berterusan.

Ujar Ezzaty, dia sepatutnya mendapatkan rawatan lebih awal di hospital.

“Seksa juga sewaktu penggambaran susah nak berdialog kerana asyik batuk saja. Patut dua minggu lalu kena masuk wad tapi nak habiskan penggambaran dulu dan sudah janji dengan Harum (anak perempuan) pergi Legoland,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Ezzaty memaklumkan bahawa keadaanya kini bertambah baik selepas menjalani rawatan semalam.

Namun begitu, Ezzaty masih perlu ditahan di wad beberapa hari bagi memantau tahap kesihatannya.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari