Saya Belum Layak Bergelar Jutawan – Shuib Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu berasa takut digelar jutawan hanya disebabkan ada beberapa jenis bisnes.

“Siapalah saya ni, hanya penyampai radio dan makan gaji. Buat bisnes pun biasa-biasa saja, kadang kala untung dan rugi.

“Tak ramai tahu, saya pernah nak putus asa juga. Biasalah hati manusia tapi dalam bisnes saya buat ini untuk kehidupan orang lain yang ada keluarga dan mungkin bergantung kepada saya, jadi mesti kuatkan semangat dan teruskan.

Dia mengakui masih mempunyai hutang yang banyak terutama aset yang dimiliki walaupun sudah tujuh tahun menjalankan pelbagai bisnes.

“Kalau jutawan mestilah ada berjuta-juta dalam akaun, kan? Saya pula hutang berjuta ada lah! Rumah pun berhutang lagi dan bukannya beli ‘cash’!

“Tapi syukurlah sebab ada duit, hidup pun selesa sikit berbanding dulu, cuma tak ada lah sampai digelar jutawan,” katanya.

Oleh: Guy Masaki

Del14