“Saya Berdoa Puteri Sarah Pertimbangkan Keputusan Untuk Cerai…” – Yusof Haslam Harap Syamsul Berubah

Heboh di media sosial berhubung keputusan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana yang mahu memfailkan cerai daripada suaminya, Syamsul Yusof.

Susulan itu, memetik laporan Berita Harian, pengarah dan penerbit filem tersohor Datuk Yusof Haslam mengakui sukar untuk melepaskannya.

Menerusi temubual tersebut, Yusof Haslam berkata beliau ada berbincang dengan Puteri Sarah untuk berfikir sejenak sebelum tekad membuat keputusan tersebut

“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.

“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.

“Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” ujarnya.

Di kesempatan itu, sebagai figura bapa, dia akan sentiasa menitipkan doa agar kemelut yang melanda rumah tangga anaknya, Syamsul bersama Puteri Sarah akan bertemu pengakhiran yang baik.

Namun begitu, jika tertulis takdir mereka untuk berpisah demi ketenangan Puteri Sarah, maka menurut Yusof dia akan akur atas ketentuan Illahi.

Sebelum inj, Syamsul Puteri Sarah untuk pulang ke rumah agar dapat berbincang dengan baik mengenai konflik mereka.

Dalam pada itu, Syamsul turut meluahkan akan terus berusaha meminta restu perkahwinan kedua bersama Ira Kazar daripada bapanya, Yusof Haslam dan ibunya, Datin Patimah Ismail.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Titip 13 Nasihat Buat Syamsul Yusof, Harap Isu Diselesaikan Dengan Baik

Sumber/Kredit: BH

Aqilah Paharuzi