[VIDEO] Watie Kongsi Bakat Menyanyi Raih Perhatian, Netizen Komen: “Suara Iras Arwah Siti Sarah”

Wanita yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelawak Shuib, Watie Hanifiah mencuri perhatian ramai, baru-baru ini.

Ia ekoran sebuah video nyanyian Watie yang dimuat naik di Instagram menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji kelunakan suaranya.

Netizen berpendapat vokal Watie mempunyai persamaan dengan suara arwah Siti Sarah ketika menyanyi.

Video tersebut memaparkan Watie sedang membawa lagu Indonesia Rapuh nyanyian asal Agnes Mo dengan penuh emosi.

Malah, ada segelintir netizen yang mendakwa Watie mempunyai ciri-ciri wanita yang pernah disebut oleh Shuib suatu ketika dahulu iaitu seorang yang pandai menyanyi dan bukan dalam golongan industri seni.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen mengecam nyanyian Watie yang dikatakan terlalu mencuba untuk nampak sama dengan sebutan yang kurang jelas.

Namun begitu, Watie tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video nyanyian Watie turut disukai oleh Shuib.

Sebelum ini, Shuib pernah memberi respons berhubung dakwaan hubungan percintaannya bersama Watie dan memohon orang ramai untuk tidak mempertikaikan pilihan hatinya.

Artikel Berkaitan: “Hubungan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai & Menilai Watie

Aqilah Paharuzi