Saya Bukan Bodoh! – Raja Ilya

Heboh mengenai pelakon ini mendapat tawaran berlakon di luar negara, Raja Ilya walaubagaimana pun dikecam teruk oleh netizen kerana dilabel sebagai menunjuk-nunjuk dan berbohong kepada peminatnya di Malaysia.

Namun, demi mempertahankan dirinya, Raja Ilya sekali lagi tampil membuat pengumuman mengenai hal tersebut. 

“Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi. Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi ujibakat filem tersebut. Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar. Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian yang menyentuh sensitiviti islam. Sudah pasti saya tidak mahu mencabar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak tawaran itu.” Katanya

Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita islam yang masih mempunyai maruah, menolak tawaran itu merupakan jalan yang terbaik buat dirinya.

Sebelum ini, Raja Ilya pernah memberitahu bahawa, sebaik sahaja beliau menolak tawaran berlakon dalam filem Marvel tersebut, tawaran yang lain pulak menyusul dan beliau akan bertolak ke Amerika Syarikat untuk menjalani penggambaran sebaik sahaja segala tugaas beliau di Malaysia selesai.

Salma Syahbuddin