“Saya Bukan Isteri Dia Tau, Tunang Pun Dah Putus…” – Tular Video Lama Di TikTok, Erra Fazira ‘Sempoi’ Jawab Soalan Netizen Asyik Tanya Mana Awie

Penyanyi, pelakon dan selebriti popular Erra Fazira meraih perhatian ramai apabila menjawab persoalan netizen yang bertanya kepadanya mengenai keberadaan penyanyi rock terkenal, Awie.

Menerusi video tular disunting di aplikasi TikTok, pelantun lagu popular Yang Terindah Hanyalah Sementara ini berkata ramai pengikutnya akan bertanya mengenai Awie setiap kali beliau membuat siaran langsung.

“Oh ada yang tanya jugaklah Awie mana… setiap kali saya buat siaran langsung memang ada yang tanya saya Awie mana eh,” katanya.

Sementara itu, Erra dengan nada bergurau menjawab persoalan pengikutnya itu secara spontan namun mencuit hati ramai.

“Saya bukan isteri Awie tau, tunang pun dah putus (ketawa), haa jadi saya tak tahu Awie dekat mana,” selorohnya.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen berkata ‘aura’ Awie dan Erra masih menjadi fenomena mereka dikatakan mekar dalam ingatan peminat sepanjang zaman.

Malah, jawapan yang diberikan oleh Erra itu juga telah mencuit hati ramai peminat yang gemar melihat gandingan mereka berdua dalam filem popular era  90-an Sembilu.

 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 500,000 tontonan, 12,000 tanda suka dan 400 komen.

@errafazira490

awie & erra hanya sahabat.. ✌🏻 #errafazira #engkualeesya #anakerrafazira #fyp #foryoupage #CapCut

♬ original sound – ERRA FAZIRA – ERRA FAZIRA

Artikel Berkaitan: Video Erra Fazira Menangis Kongsi Perasaan Hilang Hak Penjagaan Anak Kembali Tular – “Seandainya Semua Kesalahan Perlu Jatuh Pada Saya…”

Artikel Berkaitan: Nama Terpalit Isu Penceraian Ketiga Engku Emran… Erra Fazira Bertegas Tak Pernah Beri Kenyataan, Berharap Henti Sebar Berita Fitnah – “Saya Hormat Privasi Dia Sebagai Bapa Aleesya…”

Artikel Berkaitan: Tindakan Awie, Erra Fazira Bersalaman Timbul Tanda Tanya Netizen – “Jangan-Jangan Dah Nikah?”

Aqilah Paharuzi