Tular Kembali Di TikTok Video Pesanan Terakhir Suhaimi Saad Minta Selalu Tunai Solat Berjemaah – “Hidup Sebagai Penyanyi Perlu Jaga Hubungan Dengan Allah, Keluarga…”

“Hidup ini walaupun penyanyi tak boleh fikir menyanyi pagi petang malam. Tanggungjawab dengan Allah, Rasulullah, isteri, anak-anak dan keluarga kena jaga,” demikian pesanan allahyarham bekas anggota In-Team, Suhaimi Saad dalam video tular di TikTok.

Video siaran langsung Suhaimi tular semula yang memberi pesanan kepada pengikutnya untuk menitikberatkan amalan menunaikan solat secara berjemaah.

Jelas arwah, pahala solat berjemaah akan berlipat kali ganda berbanding solah bersendirian.

Meskipun allahyarham seorang bekas penyanyi yang gembar karaoke, namun Suhaimi berpendirian teguh dalam menjaga amalan ibadahnya untuk solat berjemaah.

“Hidup ini walaupun penyanyi tak boleh fikir menyanyi pagi petang malam. Tanggungjawab dengan Allah, Rasulullah, isteri, anak-anak dan keluarga kena jaga.

“Masa menyanyi, menyanyi la. Masa sembahyang, sembahyang jemaah. Kena belajar sembahyang jemaah. Saya walaupun menyanyi karaoke hari-hari tetapi sembahyang jemaah.

“Insya-Allah setiap waktu usahakan sembahyang jemaah. Bayangkan kalau lima waktu sehari, kita sembahyang berjemaah. 130 lebih pahala dia.

“Tapi kalau sembahyang seorang, macam mana bagus pun kau sembahyang pun dapat satu saja. Rugi tau. Belajarlah sembahyang jemaah. Dua orang pun tak apa, dah kira berjemaah,” ujarnya.

@asmat_fikri

Pesanan terakhir Allahyarham Suhaimi Saad.. yang baik kita ambil jadikan tauladan. semoga diampunkan dosa beliau dan arwah ditempatkan bersama para solihin.. Alfatihah… Jom amalkan solat berjemaah🤲 #suhaimisaad #solatjemaah #pesananakhir #ss #solat

♬ original sound – nurnuha – nurnuha

Allahyarham Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada 7:40 malam tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazah Suhaimi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara jam 9 pagi tadi.

Sebelum ini, Suhaimi atau juga dikenali sebagai Mosus telah dimasukkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta terpaksa ditidurkan kerana mengalami kegagalan organ dalaman sehingga terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, Allahyarham Suhaimi juga dilaporkan menghidap batuk kronik sejak empat bulan lalu serta cirit-birit selama tiga bulan sehingga menyebabkan berat badannya turun mendadak.

Terdahulu, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Artikel Berkaitan: Bekas Anggota Kumpulan In-Team Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: “Dia Alami Batuk Kronik & Cirit-Birit” – Sedang Kritikal & Terpaksa Ditidurkan, Organ Dalaman Suhaimi Saad Gagal Berfungsi

Aqilah Paharuzi