“Saya Bukan ‘Pelakon’ Macam Awak” – Bekas PA Fify Azmi Bersuara Apabila Dituduh Meroyan

Isu songlap duit sebanyak RM15,000 yang berlaku di antara Fify Azmi dan bekas pembantu peribadi (PA), Nora masih hangat sehingga hari ini apabila masing-masing menyelar dakwaan dan saling berbalas kenyataan.

Namun, selepas Fify Azmi menepis dakwaan yang dibuat oleh Nora yang menyatakan dia mengambil ganja kepada pihak media, dia turut kesal apabila Nora tidak menjawab pertanyaan berkaitan wang RM15,000 malah Fify telah mengambil keputusan untuk menghalalkan wang tersebut dan meminta Nora untuk berhenti ‘meroyan’.

“Untuk saya memaafkan Nora, tak sebenarnya. Tapi, saya halalkan dan minta supaya Nora hentikanlah ‘meroyan’ macam itu, sebab kesian dekat dia. Kalau pertahankan diri macam mana sekalipun, awak keluarkan kenyataan macam itu semua orang nampak. Awak kena lagi teruk, jadi saya kasihankan dia.

“Kena tetap halalkan, hati kena ikhlas. Saya dah reda, kalau ikutkan waktu awal-awal tempoh hari memang saya sedih dan saya kecewa. Jadi bila dah macam ini, reda sajalah. Lagipun tak apalah, duit boleh cari. Insya-Allah, saya percaya rezeki itu ada,” katanya kepada XTRA.

Gara-gara kenyataan itu, Nora telah membidas semula kata-kata Fify dengan memuat naik kenyataan di akaun Instagram (IG) miliknya mengatakan dia sendiri tidak faham dengan cerita sekarang dan dituduh meroyan apabila berdiam diri.

“Aku pun tak faham dah cerita sekarang, dah buat report, umm okay lah! Dah reda! Hmm okay.

“Dah ambik peguam! Hmm okay. Dah halal kan pun? Mana satu ni?

“Aku diam kata nya meroyan? Maaf saya bukan PELAKON macam awak,” tulis Nora.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ni Salah Satu PA Dari Neraka”- Kena Tipu RM15,000! Fify Azmi Serang Pembantu Peribadi, Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rembat Duit RM15,000… Bekas PA Dakwa Fify Azmi Ambil Barang Terlarang?

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Pun Bukannya Suci Sangat, Cermin Diri Dulu” – Tuduhan Ambil G*nja Fitnah! Fify Azmi Halalkan Duit RM15,000

Terdahulu, pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 32 telah membuat laporan polis apabila bekas PA yang dikenali sebagai Nora didakwa melarikan wang hasil usahanya sebanyak RM15,000.

Atiqah Johari