“Saya Bukan Wanita..” – Berpeluk & Bercumbu, Kekasih Syafi Tee Mengaku Dirinya Mak Nyah?

Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai rakaman video memaparkan pelakon Syafi Tee didakwa berpelukan dan mencium seorang wanita sehingga tular di aplikasi TikTok.

Terbaru, seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa wanita yang dipercayai kekasih Syafi Tee itu sebenarnya adalah seorang transgender.

Ciapan yang tular di ruangan Twitter itu turut menyertakan satu tangkapan skrin iaitu akaun Instagram didakwa milik ‘wanita’ berkenaan.

Malah, di bio akaun Instagram milik ‘wanita’ itu secara terang-terangan mengaku dan menyatakan dirinya adalah seorang ‘mak nyah’ dan turut meletakkan bendera ‘pelangi’, dipercayai menyokong kempen LGBT.

Instagram ‘wanita’ terbabit, banyak posting foto dan video yang agak mencolok mata dan kurang bersesuaian untuk dilihat oleh tayangan umum.

Pada Rabu, bapa kepada pelakon Syafi Tee, iaitu pendakwah dan penceramah bebas, Ridhuan Tee tampil menjawab mengenai kontroversi  yang melanda anaknya itu.

Ridhuan mengakui dirinya tidak sempurna, meskipun sering memberi didikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada mulut pelakon lelaki itu sendiri mengenai isu sensasi yang telah mencemarkan imejnya dan bapa, Ridhuan.

Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Video Pelakon Lelaki Mirip Anak Pendakwah Terkenal Bercumbu Dengan Seorang Wanita.. Biar Betul?

Artikel Berkaitan: Ridhuan Tee Jawab Isu Syafi Tee Bercium & Peluk Kekasih – “Benar, Iman Tak Dapat Diwarisi..”

Aqilah Paharuzi