Pengalaman Berdepan Kanser, Single Cinta Semalam Cerita Pengalaman Hidup Zul Ariff & Kamal Hamidi

Pengalaman berdepan dengan kanser menjadi ilham untuk duo Zul Ariff dan Kamal Hamidi tampil dengan single berjudul Cinta Semalam.

Kini disahkan bebas kanser, Zul pernah menghidap kanser darah sekitar lima tahun lalu dan abangnya pula meninggal dunia kerana penyakit membunuh itu.

@xtra_my Bukan mudah nak berdepan dengan penyakit kanser ni. Min salute sangat dengan Zul & Kamal 🥹 #fyp #xtramy #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #tontonmy #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

Kamal pula mempunyai pengalaman hitam dengan sakit terbabit apabila pernah menjaga arwah ibunya yang meninggal dunia akibat kanser hidung pada 2011.

Pengalaman itu mereka gabungkan untuk menyampaikan cerita dan perasaan menerusi lagu Cinta Semalam.

 

Tampil sebagai penyanyi duo, tidak sukar untuk mereka mencari keserasian kerana mereka mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang nyanyian.

Turut menggunakan nama pentas Zakh, duo ini turut tampil dengan lagu raya berjudul Sama Sama Raya.

Sama Sama Raya dicipta oleh Shazee Ishak dan Audi Mok dan muzik video lagu ini telah dilancarkan di platform YouTube Indigital Music.Pengalaman berdepan dengan kanser menjadi ilham untuk duo Zul Ariff dan Kamal Hamidi tampil dengan single berjudul Cinta Semalam.

Kini disahkan bebas kanser, Zul pernah menghidap kanser darah sekitar lima tahun lalu dan abangnya pula meninggal dunia kerana penyakit membunuh itu.

Kamal pula mempunyai pengalaman hitam dengan sakit terbabit apabila pernah menjaga arwah ibunya yang meninggal dunia akibat kanser hidung pada 2011.

Pengalaman itu mereka gabungkan untuk menyampaikan cerita dan perasaan menerusi lagu Cinta Semalam.

 

Tampil sebagai penyanyi duo, tidak sukar untuk mereka mencari keserasian kerana mereka mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang nyanyian.

Turut menggunakan nama pentas Zakh, duo ini turut tampil dengan lagu raya berjudul Sama Sama Raya.

Sama Sama Raya dicipta oleh Shazee Ishak dan Audi Mok dan muzik video lagu ini telah dilancarkan di platform YouTube Indigital Music.

Afiq Kandi