“Saya Ditumbuk & Dipermainkan Dengan Nama Allah” – Buat Pendedahan, Shuhada Dakwa Adik Ipar Bersekongkol Dengan Hafidz Roshdi?

Bangkit menghadapi segala ujian yang menimpa, bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, tampil dengan pendedahan baru yang mendakwa adik iparnya juga antara yang bersubahat dalam konflik rumah tangga mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS) miliknya, Shuhada mengaku ini adalah ujian paling berat yang ditakdirkan untuknya dan anak-anak.

Bagaimanapun, dia tidak boleh lari dengan apa yang telah ditetapkan Tuhan selain sentiasa berdoa agar segala urusan dipermudahkan.

“Saya akui, ujian Allah kali ini amat berat, sangat-sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti. Sehebat dan seberat mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari.

“Saya kena lalui perit sakit semua itu, saya ditumbuk dan dikhianati. Saya ditipu dan dipermainkan dengan nama Allah (dia bersumpah itu ini), sedangkan adiknya sendiri bersubahat dan sebagainya,” katanya.

Meskipun begitu, Shuhada turut mengaku hatinya sudah remuk dengan isu yang menimpa rumah tangganya.

Malah, dia memohon agar orang di luar sana turut mendoakannya dan anak-anak agar sentiasa kuat menghadapi ujian kelak.

“Rasanya jiwa saya dah rabak, hati dah remuk. Saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan, hubungan dan keluarga toksik ini. Mohon doakan saya dan anak-anak kuat.

“Kami nak berjaya lalui ujian Allah ini dengan cemerlang, insya-Allah. Saya takkan pernah lupa semua yang mendoakan saya dan anak-anak dengan doa yang baik, terima kasih,” tulisnya.

Terdahulu, Hafidz dilaporkan menumbuk muka Shuhada sehingga terkoyak dan meninggalkan kecacatan kekal pada wajahnya.

Kes tersebut kini dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen  (IPK) Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:Tumbuk Muka Isteri Hingga Koyak, Kes Nurul Shuhada Kini Dirujuk Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita & Kanak-Kanak

ARTIKEL BERKAITAN:Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Alami Titik Terendah Dalam Hidup, Nurul Shuhada Dedah Perceraian Ujian Paling Berat – “Saya Percaya Allah Akan Bagi Nikmat Paling Baik”

Salma Syahbuddin