“Saya Frust Masa Tokti Kahwin Dengan Datuk K” – Lepas Buat Pengakuan Berani Mati, Peminat Teruja Siti Nurhaliza Beri Respons

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok seorang peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat pengakuan berani mati ketika penyanyi itu sedang membuat sesi live di platform terbabit.

Menerusi video yang dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai Deys, dia meluahkan rasa kecewa ketika penyanyi tersebut berkahwin dengan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006.

Menyedari perkara itu, pengakuan tersebut turut meraih perhatian Siti yang mendorongnya untuk terus berbual dan mendengar luahan hatinya.

“Saya frust masa TokTi kahwin dengan Datuk K. Lah masa tu umur berapa? Kalau umur lima tahun berapa tahun lagi nak tunggu?” kata Siti.

Menurut lelaki itu, dia sudah berusia dalam lingkungan 20 tahun ketika Siti mendirikan rumah tangga.

Lelaki yang dikenali sebagai Deys itu bagaimanapun turut meluahkan rasa terujanya apabila luahan spontannya itu mendapat respons pelantun lagu Biarlah Rahsia.

“Bila biduanita negara Siti Nurhaliza melayan koi yang frust menonggeng masa beliau berkahwin dengan Dato K. Btw, saya kerja dekat Damansara Tokti,” tulisnya.

@deystuo Bila biduanita negara @Siti Nurhaliza melayan koi yg frust menonggeng masa beliau berkahwin dgn Dato K. Btw, saya kerja dekat Damansara Tokti 😄#sitinurhaliza ♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya kagum dengan keberaniannya untuk membuat luahan perasaan.

Fatin Nurain