[VIDEO] Awal Ashaari Kongsi Momen Rakan Digigit Peminta Sedekah Di Tanah Suci – “Dah Kasi Banyak Riyal Tak Nak Lepas… Kena Sabar & Husnuzon”

Selebriti dan pengacara popular, Awal Ashaari berkongsi sebuah momen ketika sedang mengerjakan Umrah di Tanah Suci Makkah menerusi sebuah video di Instagram miliknya.

Berdasarkan hantaran tersebut, Awal memuat naik video rakannya digigit oleh seorang kanak-kanak kecil yang dipercayai peminta sedekah tidak mempunyai sebarang dokumen di sana.

Menurut Awal, meskipun telah banyak wang Riyal yang telah diberikan kepada kanak-kanak itu, namun dia masih tidak melepaskan gigitan tersebut.

“Macam-macam ragam manusia di Tanah Suci ini.. antaranya kalau minta sedekah, jenis gigit baju kita tak nak lepas macam ni. Macam-macam cara dah kita buat, gigitannya padu sekali.

“Banyak riyal kasi pun, dia tak lepas selagi dia tak puas hati… Tapi kita kena banyak bersabar dan jangan cepat marah. Husnuzon je lah kot. Kalau tak lepas juga, bawak la balik Malaysia,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti tertanya-tanya akan pengakhiran situasi tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan mereka yang menceritakan pengalaman sama ketika berada di Makkah.

Aqilah Paharuzi