[VIDEO] Khusyuk Nyanyi Lagu Tiara, Siti Nurhaliza Dedah Ada Tragedi Lucu Berlaku

Kemerduaan vokal penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang tidak disangkal lagi sering mencuri perhatian ramai di media sosial.

Terkini, tular sebuah video pelantun lagu Cindai itu menyanyikan lagu Tiara milik penyanyi, Kris dalam keadaan yang sangat bersahaja.

Menerusi video pendek berdurasi 15 saat itu, Siti menyanyi lagu Tiara di bahagian korus dalam nada tinggi membuatkan ramai terpukau dengan vokalnya meskipun dalam keadaan sedang duduk.

Bagaimanapun, menjengah ke Instagram Story ibu anak dua ini, Siti berkongsi momen sebenar yang berlaku ketika dirinya khusyuk menarik lagu itu.

Rupa-rupanya, Siti mahu merekod momen dirinya membawa lagu tersebut namun tidak berjaya kerana tidak menekan butang rekod.

ā€œCerita kelakar saya, handphone (hp) depan saya tu.. saya ingat dah tekan record, rupanya tak record,ā€ tulisnya.

Menerusi hantaran lain, Siti berkongsi video reaksinya saat tersedar bahawa dia baru sahaja menekan butang rekod.

ā€œLaa baru rekod ke?ā€ selorohnya.

ā€œBila nyanyi all out lepastu tekan konon nak stop tapi sebenarnya baru record,ā€ tulisnya di video tersebut bersama emoji ketawa.

Aqilah Paharuzi