[VIDEO] Bercuti Di London, Penampilan Anak Sulung Kak KM Dikritik Ramai – “Macam Latino, Ingatkan Anak Barat Mana Tadi”

Sering dihimpit kontroversi, nama usahawan Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM sering menjadi tumpuan netizen dek imej seksinya di media sosial.

Terbaharu, percutian mereka di destinasi terkemuka, London meraih perhatian ramai yang tertumpu kepada penampilan anak sulungnya iaitu Nabila Razman.

Berdasarkan sebuah foto tular di aplikasi TikTok, Nabila memakai baju jenis ‘rompers’ dan dipadankan dengan jacket winter di luar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur pemakaian anaknya itu yang dianggap keterlaluan.

Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang menganggap penampilan anaknya itu diibaratkan seperti peribahasa iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’ kerana Kak KM tidak kurang juga sangat seksi.

 

Semasa artikel ini ditulis, foto tersebut telahpun meraih sebanyak 330,000 tontonan, 3,000 tanda suka dan 600 komen.

Aqilah Paharuzi