Kenyataan Tak Seiring Dengan Perbuatan, Aksi Aliff Awang Karaoke Undang Kecaman – “Kata Muzik Tu Haram”

Selepas membuat kenyataan bahawa muzik itu haram, suami kepada aktres Fatin Afeefa, Aliff Awang sekali lagi meraih perhatian selepas tular sebuah video pasangan itu pergi karaoke bersama.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Fatin telah merakam gelagat suaminya yang lebih mesra disapa Opai sedang mendendangkan lagu Aku Yang Tersakiti nyanyian asal Judika di sebuah pusat karaoke.

Menyedari perbuatan tersebut tidak seiring dengan kenyaataannya sebelum ini, perkongsian itu telah menerima kecaman teruk daripada netizen.

Malah, perkongsian itu turut menjadi bahan gurauan dalam kalangan netizen di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Muzik Tu Haram” – Suami Fatin Afeefa Akui Tak Pergi Konsert, Netizen Label Opai Terpaling Forex!

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas Sering Dirakam Ketika Keluar, Fatin Afeefa Beri Teguran Buat Netizen – “Gila Korang Ni Memang Tak Hormat”

Fatin Nurain