‘Saya ‘Jaga’ Jodoh Orang Lain’- Usop Serik Nak Bercinta?

Penyanyi Usop memberitahu tumpuan hidupnya kini adalah pada karier seni dan belum bersedia mencari jodoh.

Kata Usop yang pernah kecewa dengan wanita sebelum ini, dia tidak lagi berharap dalam hal berkaitan jodoh dalam masa terdekat.

“ Saya pernah ‘jaga’ jodoh orang lain. Punya lama saya berharap dengan si dia akhirnya dia pergi berkahwin dengan lelaki lain.

“ Hal itu membuatkan saya kecewa dan boleh dikatakan saya takut untuk bercinta buat masa sekarang. Tetapi kalau saya terjumpa dengan wanita yang mampu membuka hati saya kembali, saya terima,” katanya kepada Xtra.

Pelantun Aku Yang Bersalah ini juga mengaku pernah ‘diusik’ oleh segelintir peminat wanita yang mahu mendekatinya.

“ Saya takut nak berkenalan dengan wanita sekarang, bukan apa takut dia menaruh harapan tinggi pula.

“ Bila peminat mesej di Instagram, saya layan baik-baik tetapi tidaklah sampai tahap ‘menggatal’. Saya tahu had saya sebagai seorang lelaki bujang,” kata lelaki berusia 22 tahun ini.

Wartawan: Najmi

SGMS Faida

Recent Posts