“Saya Pun Ada Standard” – Kecewa Dituduh Cipta Gosip Murahan, Iqbal Zulkefli Tiada Niat Nak ‘Mengorat’ Wafariena

Sebelum ini, timbul isu di mana ibu kepada pelakon Wafariena Roslan meluahkan rasa kesal dengan sikap Iqbal atau nama sebenarnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang didakwa sengaja mencipta publisiti murahan apabila bergambar mesra dengan anaknya di sebuah set penggambaran.

Terbaru, usahawan sensasi, Iqbal tampil mempertahankan dirinya apabila dituduh sengaja berbuat demikian dan terkilan dengan kenyataan yang dibuat Wafariena.

Memetik laporan mStar, Iqbal akui dia terkilan dengan tindakan Wafa malah dan dia menjelaskan yang dia memuat naik foto tersebut atas dasar untuk mempromosikan sebuah super tele namun sebaliknya pula berlaku.

“Pada awalnya kita post memang untuk promosi super tele, sebaliknya dianggap serius bahawa saya menumpang dan ibunya mengatakan kenapa kalau suka Wafa kenapa tak bagitahu pada ibu?

“Saya tidak ke situ sebenarnya… saya fokus kepada kerja, karier kita untuk ‘boom’ super tele tersebut,” kata Iqbal.

Artikel Berkaitan:Ibu Wafariena Kesal Dengan Sikap Iqbal Zulkefli – “Saya Ada Di Lokasi Penggambaran Itu & Iqbal Yang Minta Bergambar…”

Artikel Berkaitan:“Sama Cantik Sama Padan!” – Keserasian Iqbal Zulkefli & Wafariena Curi Tumpuan Netizen

Jelas Iqbal, Wafa sebagai seorang artis perlu menjadi profesional walaupun kadang-kala timbul kontroversi yang tidak diingini namun begitulah realiti dalam industri hiburan.

“Tak ada apa-apa isu pun tapi bila jadinya begini… sedangkan Wafa seorang artis yang memang bila-bila masa saja akan terlibat dengan kontroversi walaupun kadang-kadang kita tidak mahu tapi kita kena fikir pada profesional kerja kita,” katanya kepada mStar.

Iqbal menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Wafa malah pelakon itu bukanlah gadis yang mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

“Tidak pernah sekalipun saya mengorat Wafa! tegas saya bagitahu, dan saya bukan nakkan Wafa pun.

“Wafa kena tahu saya tidak ada perasaan terhadap Wafa dan saya juga ada standard dan kriteria yang saya nakkan pada perempuan walaupun saya selalu di reject,” luah Iqbal.

Sumber: mstar, Youtube mStar

Atiqah Johari