[VIDEO] Dress Warna ‘Pink’ Dikritik, Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Fesyen Nadia Brian – “Berani Eh Pakai Design Macam Ni”

Baru-baru ini, pelakon Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkongsi sebuah video di Instagramnya yang memaparkan dirinya sedang bersiap bagi menghadiri sebuah acara.

Menerusi video tersebut, Nadia dilihat mengenakan sebuah busana berwarna merah jambu yang direka oleh pereka fesyen, Adi Suhaizad.

Namun begitu, wargamaya dilihat kurang senang dengan penampilan dan fesyen busana yang dipakai Nadia kerana menyifatkan rekaan busana itu terlihat tidak sopan pada bahagian dada.

Bukan itu sahaja, ada segelintir wargamaya berpendapat bahawa pakaian tersebut boleh mengundang fitnah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya meninggalkan komen berbentuk kritikan kepada Nadia.

Tidak kurang juga, ada wargamaya yang mendoakan supaya pelakon itu diberi hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna.

Atiqah Johari