[VIDEO] Buat Trend Video Di TikTok, Yonnyboii & Isteri Dikritik Netizen

Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai penyanyi rap, Yonnyboii dan isterinya, Nik Nazira di laman sosial.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian mereka dimuat naik sendiri oleh Nazira di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, pasangan itu sedang mengikuti trend TikTok terkini dengan berpakaian seksi sambil berjalan seperti model menggunakan lagu Gaga Dance.

@niknaziraU DONT EVEN EXIST TO ME

♬ original sound – mitch

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi dan kritikan kepada pasangan suami isteri itu.

“Cey cey cey gempak cey cey”

“Apa kau buat tu Senah?”

“Ingat gempak le tu..”

Malah, ada juga segelintir yang memerli pasangan suami isteri dengan berkata jodoh itu ibarat cerminan diri.

“Jodoh cermin diri, okay dah faham,” tulis salah seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 290,000 tontonan, 6,000 tanda suka dan lebih 295 komen.

Sebelum ini, Yonnyboii menyatakan dia tidak melatah, malah melihatnya dari sudut positif apabila netizen mengkritik imej dan penampilan isterinya.

Dharnieya Nur Amelsa